the dutch

saya awak dia sukakan mereka .

About Me

Thursday, June 12, 2014

Kerana Ego !

Saya akui Tuhan saja yang tahu. seperti kata orang, jodoh , ajal dan maut ditangan Tuhan. Kita sebagai manusia, hanya mampu hanya merancang . Seorang teman baik ada menasihati supaya saya menghubungi , namun saya tidak berani . Mungkin juga disebabkan ego yang tinggi? Perkataan yang keluar dari mulut saya ketika itu , saya takkan sekali menghubunginya. Betapa angkuhnya diri saya! .
            Di akhir coretan ini, saya ingin berterima kasih kepada N kerana mengajar diri ini makna sebuah kebahagiaan dan pengorbanan. Segala kenangan kita bersama , takkan saya lupakan walaupun secubit cuma. Tidak sedikit pun saya menyimpan dendam terhadap N . Malah dialah yang banyak mengajar saya meniti kehidupan sabagai seorang dewasa . Dia juga telah mematangkan saya. Pengaruh dirinya terhadap saya terlalu besar. Terima kasih yang tidak terhingga ....

   " Dear, if you're happened to read this,
 I will wanna let you know   that I still love you 

with all my heart and I miss you like crazy.
   I love you and always will.." . 


Duhai Cinta , Datanglah Padaku

Ada kalanya cinta itu tidak dihargai . Dibiarkan sepi . Lantaran keegoan diri mengatasi kehendak hati . Lalu jadilah diri perindu , yang setia menanti . Hadirnya kembali , kekasih hati yang dicintai . Angkaran emosi, gadis ini merana jiwanya . Tercari-cari kasih dan sayang yang pernah bermaharaja lela. Berharap kenangan indah itu kembali semula. Bersemi dan terus mekar berbunga . Maafkanlah dia kerana kesalahannya . Cinta itu jangan dilepas pergi , hanya kerana duka yang bersemi .

Sunday, April 20, 2014

Kenangan Terindah



Hadirnya ia dahulu membuatkan aku rasa gembira melihat karenah dan gelagat dia pabila pagi hadir hingga kemalam membuatkan aku rasa selesa pabila bersama dengannya , tapi mungkin masa dan waktu tidak berpihak pada kita untuk terus kekalkan hubungan kita hingga ke hari ini. Sebenarnya banyak kesilapan yang lalu telah kita lakukan bersama , dan kesilapan itu kita tidak nampak dengan mata hati kita , yang kita tahu kesilapan yang besar dan tidak tahu cara bagaimana hendak diselesaikan . mungkin hari ini takkan berulang untuk hari yang semalam , dan hari semalam takkan berulang untuk hari seterusnya , kita sendiri yang tahu akan jawapan yang terungkap nanti . bermulanya tanda tanya ini mungkin ia salah percaturan , percakapan , dan hati itu sendiri sebenarnya .  Hapuskan lah hati yang ego itu , mungkin saya akan terus kehilangan orang yang saya sayang , berbagai cara saya lakukan , mungkin hati kita dah semakin jauh untuk dicantumkan semula . Ini tercipta adalah sebagai bukti hati saya untuk awak pada seketika dulu , saya ingatkan pada awak semula ya . anniversary kita 1 years 8 month 1 day ,  total 20 month , 87 week , 614 days . mungkin saya tak patut untuk mengingati pada awak , tapi ini sebagai bukti yang saya berikan pada awak , untuk awak beritahu B/F awak nanti . sekian itu sahaja ucapan saya untuk awak buat kali terakhir . Assalammualaikum .











Saturday, April 27, 2013

Berusaha Mencari Kebahagiaan

Assalammualaikum , hampir setahun blog saya tidak diusir lagi , nampaknya harini saya akan menulis cerita saya kembali untuk tatapan umum .Mungkin banyak yang tidak diceritakan lagi , dan mungkin juga banyak yang telah dilupakan kembali , tajuk malam ini adalah " BERUSAHA MENCARI KEBAHAGIAAN ", kebahagiaan mungkin banyak cara yang boleh dilakukan , tak semestinya berusaha menghampirinya , dan tak juga berusaha mendekati isi hatinya , salah satu yang sering dilakukan dengan cara berdoa dan tawakal , tak guna juga kalau sering berdoa dan terus bertawakal , kalau tanpa usaha sampai bila ia takkan dapat . alhamdulillah atas apa yang telah saya lakukan selama ini , saya berjaya lakukan juga akhirnya , sekali , dua kali berusaha kalau tak berjaya mungkin kali ketiga ia akan berjaya . jangan berusaha untuk diri sendiri , tetapi kenalah berusaha untuk orang disekeliling , maksudnya , kalau orang disekeliling kita perlukan kita , kita bantu dia dengan cara berlajar dari kesilapan , ada sesetengah orang berpendapat , bersabar , bertenang , cari peganti , tetapi sebenarnya ia tidak , itu hanyalah permainan minda sebenarnya , mungkin orang yang pernah banyak pengalaman tahu bagaimana cara menyelesaikan sesuatu , tetapi orang sekeliling kita malu untuk bertanya , sebab ia tak meyakinkan diri dia sendiri . Kebahagiaan mungkin ia sukar untuk dicari , tetapi ada caranya untuk mencari kebahagiaan itu sebenarnya , pecayakan diri sendiri , dengar nasihat orang sekeliling , dan tanya pendapat seseorang yang rapat dengan kita . Mencari kebahagiaan itu mungkin ia amat mudah , tetapi untuk mengelakkan kebahagiaan dalam suatu hubungan tanpa siapa ganggu amat sukar , melainkan ia tahu bagaimana caranya , salah satunya , dengar isi hatinya , mungkin si dia sukar untuk menceritakan isi hatinya , kerana takut , mungkin ia tidak mempercayai si lelaki , sebenarnya itu salah orang yang berpendapat atau berfikiran itu sebenarnya , si lelaki mungkin banyak memaksa si wanita untuk menceritakan apa yang berlaku , sebenarnya sebagai lelaki kena ambil perhatian terhadap wanita , bukan cara paksaan dapat mengetahuinya , tetapi dengan cara menasihat kita dapat tahu apa yang sebenarnya yang berlaku keatasnya , percayalah pada sesuatu itu , mungkin kita sukar untuk menerima , tetapi kita sebagai lelaki haruslah menerima apa yang telah berlaku . Perempuan , kadang-kadang perempuan berat hati untuk meceritakan sesuatu pada lelaki , kerana ia takut si lelaki tidak boleh meneriama apa yang perempuan itu ingin luahkan . Kesimpulannya , si lelaki haruslah bertindak adil terhadap wanita , agar wanita yang kita inginkan itu dapat mempercayai isi hati kita , bukan sukar untuk mempercayai isi lelaki , tetapi perlulah bersabar atas apa yang terjadi sebelum kamu dapat dia , dan sebelum dia dapat kamu . =)

Saturday, May 12, 2012

Kerna Hati


kerna hati aku mengenalimu

kerna hati aku menyukaimu       

kerna hati aku menghormatimu

kerna hati aku melindungimu

kerna hati aku menyayangimu

kerna hati aku menyeriakan hatimu

kerna hati aku ingin menghargaimu

kerna hati aku berdoa untukmu

kerna hati aku berusaha untuk mendapatkanmu

kerna hati aku akan mencintaimu

(=  Terima Kasih kerana memberi saya peluang untuk mengenali diri kamu (R) =)

Friday, February 10, 2012

Thank You =)

terima kasih kerana menerima saya sebagai kawan awak yang ke puluh ribu , saya ingatkan dah takde sape yang taknak kawn ngan saya lagi , rupanyaa ada juga kan manusia yang berhati mulia macam awak ni kan . . hehe , jangan nak senyum sangat okey . . saya nampak lahhh . . haha . . awak awak , ada kan saya text awak tadi , saya suruh awak tengokkan perempuan yang pakai baju purple duduk kat depan kedai celcom tu , kalau awak perasan , awak text saya , kalau tak perasan , tapee , abaikan jelaaa . . haha . . awak awak , saya tak tahu nak update apa lgi dahh ni . . .haha . . bye bye =)

Sunday, August 14, 2011

sunyi sepi

blog blog blog , saya sunyi lahh , time-time da macamni kann . hmm . yang teman pun seketul 2 je koet . da lama ta pangil sayang-sayang , hahahakkttuuiihhhhh . teringin nak panggil lagi , elak panggil sapesape je en , memang kena penyepak jari kaki aa en . ToTNSA =) awak kenapa haaa
? okay tak , stress je memanjang dalam blog . haha . da lama awak ta kongsi cerita kan ? tape saya menunggu lagi ni k . lalalala . miss you =)