the dutch

saya awak dia sukakan mereka .

About Me

Friday, December 31, 2010

Good Bye SPM , Good Bye Memory And Good Bye 2010

salam sejatera , selamat tinggal zaman kanak-kanak , selamat tinggal zaman persekolahan , mungkin aku tidak akan dapat merasai lagi zaman yang paling indah buat semua manusia iaitu zaman kanak-kanak & zaman persekolahan  kan . . kalau dunia boleh diputarkan balik , aku nak cam nak kesekolah kembali , bunyi agak bangang arnn . huhu . tapi semua sudah berlalu , masa berlalu dengan begitu pantas , sekelip mata sudah 31.12.2010 . selamat tinggal memory 2010 , terlalu banyak kenangan 2010 yang telah aku bina , berbagai rupa bentuk kenangan yang telah aku tinggalkan , aku akan sentiasa mengingati kenangan 2010 hingga akhir ayat ku ini . kenangan yang telah berlalu tidak akan muncul lagi sekali di hadapanku walau macam mana pun . selamat tinggal 2010 , 2010 banyak meninggalkan seribu dalam satu kenangan yang terbaik , kerana ia telah menemukan aku dengan dua orang wanita dengan adiknya , iaitu FNL & FA binti G . kerana ia telah memberi aku semangat untuk lebih maju kehadapan , tanpa aku menoleh kebelakang untuk memikirkannya lagi , terima kasih kakak . Aku tidak lupa juga dengan kehadiran kamu S , kamu telah mengajarkau erti kesetiaan . mesti kamu tidak mengingatinya kan . tapelah , anggap lah ini ayat good bye 2010 . hehe . Selamat Tahun Baru , Azam untuk tahun baru aku , ialah
 usaha sekali tidak berjaya & aku akan usaha lagi hingga aku berjaya . 

Wednesday, December 29, 2010

burmula mengemas barang-barang

aku sudah bermula mengemaskan barang-barangku untuk berangkat ke PLKN pada hari isnin minggu hadapan .  aku gembira+sedih . aku tatahu nak berucap macam mana lagi dalam blog ini , haha bye =)

munculnya di kau

munculnya di kau dihadapan ku dapat mengembirakan ku di dalam beberapa saat dan waktu kerana masa berlalu dengan pantas , tanpa dapatku mengejar untuk mendapatkan nasihat dari doktor perubatan tentang penyakit barah cagu kaki yang telah lama menular di kawasan jari ku ini , tanpa segan silu , aku mengajaknya jumpa di pintu syurga untuk mengucapkan * **** *** <3 haha bingai laa kau damm . dutch dutch !

kebimbangan

pabila kebimbangan menghantui kehidupanku , aku tetap bimbang dengan kehadirannya dengan secara berdetik tik tok tik tok . aku tak dapat lupakan jasa kebimbangan ku terhadapnya . kerana ia boleh dikira amat penting bagi kehidupanku ,tapi tak mengapa , bunga yang segar di dunia akan timbul sekali seumur hidup di dalam kehidupanku sekarang semenjak kehilangan bunga yang aku menganggap ros merah itu . haha =)

Tuesday, December 28, 2010

awak jangan lupakan saya

awak awak , awak jangan lupakan saya kay , saya takkan lupakan awak walupun sekali , hehe . saya susah untuk melupakan kehadiran awak . tapi suatu hari nanti mesti awak akan lupakan saya jugak kan , hurm . awak jangan lah sedih-sedih lagi , saya taknak lihat awak bersedih , awak jangan sedih-sedih lagi yea , tidak boleh . nanti kalau saya sudah pergi PLKN , saya akan sentiasa menghubungi awak , jikalau ada masa lapang . kan kan . kaka fara , ingat janji yang telah saya beritahu pada anda . hehe . Rynnn , jaga diri kamu yeah , jangan kecewakan si dia , dia amat menyanyangimu . betul kan apa yag saya katakan ,  haha . Terima Kasih =)

Monday, December 27, 2010

update yang terakhir .

sory blogger blogger semua , saya tidak akan meng-update lagi blog saya selepas ini , kerana saya gagal mempertaruhkan badan & nyawa . saya gagal untuk semuanya , sory . saya berjaya mengembirakan dia , terima kasih . saya mula bila awak dah mula , dan saya takkan mula bila wak tak mulaa . awak mesti faham apa yang saya cakapkan ini kan . bukan untuk awak kay ayat ni . untuk diaa laaa . AWAK =)

awak :)

suatu hari nanti saya akan  tetap rindu awak , suka suka , enn gelak-gelak sendiri mengingatkan masyarakat keturunan cina  ni bergurau yang membuatkan saya menang . hehe kan . sory kalau saya buat hati awak terlupa untuk mengingati kekasih awak . ingat pesanan cousin awak kepada cousinnya itu kay . =)

saya tak sengaja

hay youu , saya tidak sengaja nak buat awak begini rupa , saya bodoh kan cakap kat awak camgtu , saya tak patut cakap macamtukan , saya minta maaf kat awak kay , tapelaa biarlhaa ia menjadi satu mimpi ngeri bagi awak , jangan sia-siakan kehidupan awak . dia sayang awak , awak sayang dia , tak baik saya nak rampas awak dari dia , betulkan , cara saya sekarang macam ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan . hehe =) saya buat camni bukan sebab untuk membalas dendam yang telah berlalu , tapi saya kurang seseorang dalam kehidupan yang tengah lara ni . haha . tapi saya tetap menunggu dia dari awak . kan kan , best kan ayat saya . huhuhu :-)

kerisauan .

saya risau kan awak lhaa . (pulak) . haha bolekan .

tapi tak mengapa

nasib baik bunga berkuntum-kuntum . kalau bunga tu sekuntum je tatau a nak cakap camner enn . haha . memang takkan jumpa ouh bunga-bunga yang lain . tapi saya tetap menunggu bunga yang sedang layu ni untuk berkembang dengan sepenuhnya . awak tapaya lhaa risaukan tentang kumbang ni kay . jaga kumbang awak dulu  . terima kasih . 03.15 a.m .

saya suka awak lhaa , betul . haha

awak awak , saya sukakan awak lhaa , saya ta tahu nak cakap macammana dengan awak yang saya sukakan awak . haha . awak mesti tak percaya kan yang saya sukakan awak . tapi saya tanak bermadu kasih dengan awak . haha . awak kan dah gilaa kan , haha . tolong cakap kat dia yang saya suka kan awak . sebab awak tu bole laa dikatogerikan chubby . hehehe . kan kan kan . modal saya tok cakap kat awak lhhaaa . untuk awak kalah cakap dengan saya . haha . kan awak tu chubbyy , tu susa nak lawan cakap dengan saya kan . huhu .  betulkan apa yang saya cakap . haaa da baca blog ni , pastu text saya kay , tunggu jawapan . =)

Saturday, December 25, 2010

tiap hari sayang

tiap hari aku mnyayangimu sebagaimana kamu menyayangiku kan . haha . stupid lol . hahaha . kegilaan melanda diriku untuk membelasah muu di hadapan rakyat malaysia yang ingin melihatmu tergamam  macam siput sedut sluurrpppp2 . . haha . bukan sekadar nasi ayam , tok tok tok toookkk  . . . menyukaimu bukan bermakna aku menyintaimuu , tetapi aku tetap menyindirmuu pabilaa ku membebel padamuu . hahaha . kankankann . =) 

kehadiran kau membuatku tersenyum

tidak ku sangka kehadiran mu membawa wajahku tersenyum melihat wajahmu di wallpaper handfhone ku ini . haha , tapi aku tidak akan terdaya untuk memiliki engkau sepenuhnya , kerana engkau bukan milik aku lhaaa . haha . tapelaaa , aku ta kesa pun , kebahagiaan , kasih sayang bukan berada di telapak tangan aku , semua tu kuasa Allah s.w.t . aku cuma melaksanakan tanggungjawab aku sebagai hambanya . rite . tapi aku tetap menghargainya sampai bia-bilaa . terima kasih =)

pemergianku untuk memperjuangkan PLKN

hahaha , tinggal beberapa hari lagi untuk aku menetap di rumahku syurgaku ini , haha . 3 hb 1 ni da na pergi PLKN daa , semangat gila aku untuk pergi , tapi aku rindukan kawan kawan aku semua di FaceBook . Kaka Faraa , jaga diri yeahh semasa pemergianku ku ke PLKN , tunggu yeahh bear yang akan di pos lajukan oleh ku nanti . jaga bear tu untuk menggantikan aku dalam dirimuu itu yeahh , kamu boleh lakukan lhhaaa . untuk tungkuu rynnn , iff da sesorg , jangan lupakan aku tau , haha , aku tetap menunggu kehadiran kauu . ini tidak mengarap pun . tapelaaa ada jodoh ta kemana pun kan kaka Faraa . Amin =)

saya sayangkan memory saya

sedih mengingati memory yang dah berlalau , rasa macam nak diputarkan balik memory yang lama tu menjadi baru , tapi malangnya hingga hari kiamat memory tu takkan berulang kembali . hurm , terima kasih perngenalan kamu pada ku . cinta yang ku berikan selamani padamu tidak akan kuberikan pada mu lagi sekali sebagaimana perjanjian yang telah ku berikan padamu itu okay . genap sebulan tanpa berita mu padaku , bukan aku tidak mengambil berat , tapi aku cuma tidak ingin memikirkanmu lagi , biarlaa ia menjadi suatu igauan masa silamku . terima kasih =)

Thursday, December 16, 2010

mak abah , Adam nak CAMERA Nikon D3100 lhaaa .

haha , memang takkan dapat punya lhaa kan , haha . MAK , bila aku tanya pasal camera je en , mesti dia kata " buat apa dengan camera tu dam" ? . haha , aku jawab nak buat rocket je makk . haha . bila aku tanya abah , abahhh nak camera , dia cakap bolehh , tapi lepastu dia juz senyum jeee . haha . mesti dapat punya satu hari nanti . kan kan . HAHAHA =)

Wednesday, December 15, 2010

Kenapa

kenapa kau sanggup menimbulkan masalah lagi sedangkan masalah tu dah selesai , tolong la jangan serabutkan kepala aku yang sedang botak ni , cukup la sekali , aku da penat ouh . family kau da benci ngan aku dala , okay fine . memang aku yang kau anggap ni talam dua muka , tapi cukup la kay . kau tuduh aku ni mengungkit ? huh ! kau minum darah anjing lhaa bangang . tak guna punya orang , menyesal la aku dapat kenal ngan kaum macam kau ni , kau ingat eh , aku akan keluar dari kepompong pearl ni . aku percayakan kau , tapi kau bukak mulut untuk semua orang . kau pun kawan dengan sebab nama eh . tak guna punya manusia , kau mati jela bingai senang . takpun bia aku je yang mati , takkan muncul lagi depan mata kau . past is past laaa . tolong la kay . aku dah taknak timbulkan masalah lagi dengan kau , aku da penat la . kau buang aku je dalam memory kau dala , bunga yang aku bagi kat kau pun da mati en , senang ouh , semua memory kita da berakhir . is over lhaaa . aku terima hakikatnya if nak jadi camni , kau hepy dengan kehidupan kau sekarang kan , dala , aku taknak ganggu kau lagi

p/s: tolong lhaa yaa Allah lupakan lhaa hamba mu ini untuk wanita yang telah menyakitkan hati ku ini . Amin =)

merantau

suatu hari nanti aku nak merantau di seluruh pelusuk dunia , nak cari gamba yang terbaik didunia ini , aku nak jadi juru gambar yang terkenal . haha , jauh gila cita-cita aku , tapi tape kau boleh mengubah sesuatu menjadi kenyataan oke . kau berdoa jela kay dam , kau boleh , aku yakin kau boleh lakukan dengan baik dan tepat . haha . tapi mak ngan abah tak bagi aku jadi photographer lhaa , aku nak kejar cita-cita aku yang aku mengidamkan sejak kecil . aku nak masuk Stadium Old Trafford , haha . lagi jauh gila aku berangan . hahaha . adam , nak seribu daya , taknak seribu dalih . okay . hmm . tiap hari aku berangan nak kejar cita-cita aku yang mana , tiap hari cita-cita aku berubah , aku takot cita-cita aku tak menjadi kenyataan , takkan sekali kau gagal , kau nak gagal selamanya . fikirlhaa dam macam mana dengan masa depan kau ni damm , kau da besar kan budak ? kau kena bijak membuat sesuatu pilihan kau , aku taknak kau gagal dalam hidup kau yang serba kekurangan ni dam . hauhhh , kau jangan pandang ke belakang balik if kau da kedepan , kau pandang balik , tu sebab kau akan gagal . kau faham apa yang aku katakan ni . blurrr daaaa . . .

Bila Cinta Berakhir . . .

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu


Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana


Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…

kisah antara dua darjat . .

hehe , terima kasih dengan cerita McDonald mu itu kay , sedih mendengarnya . biarkan si cemburu tu berbuat begitu padamu , si cemburu tu tidak ada kelebihan apa yang ada pada kamu sekarang . biarkan si cemburu tu nak cakap atas atau bawah kepada mu tu okay . si cemburu tu buta lhaa , tu si cemburu tu buat mu begitu , depan cakap sepanyol , belakang cakap vietnam . kamu tetap kamu , tiada kamu dulu atau sekarng , kamu tetap sama , kamu tetap kamu yang kami kenal okeh . kamu yang suka ketawa , kamu yang suka bercerita McDonald  tu kan . hehe . kamu tidak jahat di dalam hatiku , tapi kamu jahat apabila dipandang oleh si cemburu tak bertempat tu oke , cemburubutaa . biar masyarakat nak cakap apa pasal kamu ke apa , sebab kamu tu cantik+comel+tembam+rendah&FAMOUS kann . hahaha . kalau si cemburu tu tak ada apa yang kamu ada , si cemburu tu patut di gelarkan SiCemburu . kamu jangan sedih lagi yaww , kami tetap ada di depanbelakangatasbawah mu okeh . selagi telingaku boleh mendengar cerita McDonald mu itu , selagitulah KFC ni boleh memahami mu lagi . kamu jangan terlalu fikirkan sangat semua itu kay , biarkannya ia terbang bersama-sama Awan Dania musim ke-3 yeahh . tanam dalam dirimu yang kamu boleh tempuhi peperangan ini , peperangan ni takkan berakhir selagi bendera malayan union ni tidak diturunkan lagy , dan kamu berusaha hingga darah yang ke-3 titis ke tanah untuk menaikkan bendera malaysia . sembahyang&doa adalah jawapan segalanya  dalam cerita ini . terima kasih schaAlyahya kerana bagi menaiki kapal terbang yang tak bergerak ni

sory if tak faham dengan cerita yang pelik ni . =) <3 . .

Saturday, December 11, 2010

aku demam

haayyy kau , aku demam nii , aku tak kuat nak buat apa apa . macam nak mati da ni . kau lupa ehh sebelumni , kau selesema , sakit tekak , badan kau panas , en kau demam , aku tolong kau bawak g klinik , aku tolong semua . tapi aku demam aku g tau kau , kau juz cakap padan muka , terkilan aku dengan kau . mak kau baik gila ngan aku , tapi kauu . huh . suma da jadi memori daun pisang lhaakan . HAHA . =)

Thursday, December 9, 2010

EXAM is OVER !

Terima Kasih semua cikgu yang telah mengajar daku berbelas tahun yeah , dari sekolah tadika , sekolah rendah & Agama hingga aku di sekolah menengah . aku ingin mengucapkan berpuluh ribuan juta ratus peratus penghargaan kepada cikgu-cikgu yang telah menjadi cikgu ku . HAHA . lepasni aku tidak berada di sekolah lagi , masa cepat betul berlalukan . pejam celik je da habis sekolah . nak masuk universiti , saya nak naik MENARA GADING , saya nak berjaya lahh . saya nak kejar cita-cita yang saya inginkan dari kecil tuh . saya nak jugak . MAK ,  Adam nak CAMERA lahh . hehe , bolehkan . haha . 

Wednesday, December 8, 2010

for You A to Z . .

kau baca puas puas kay , aku da malas nak cari gaduh dengan kau lagi lepas ni , en aku takkan jumpa kau lagi lepas ni , sekali aku benci ngan kau , selamanya aku tetap benci dengan kau okeh . huh ! . . mula mula kau yang kenalkan aku kat dia kan , macam macam kau hasut aku untuk tolong dia en usya dia , aku buat tapi kenapa kau bals balik benda buruk kat aku ahh . kenapa kau hasut dia tinggalkan aku , kenapa kau hasut dia agar ikut cakap kau , kau tu SOSIAL okeh , aku taknak dia ikut macam kau , yang takde masa hadapan , konon nak bukak SALOONN , kau exam pun 1 jam belum habis da keluar . huh , camtu orang nak berjaya , buat apa kau mintak maaf kat cikgu cikgu en kawan kwan semua , tapi exam kau jawab tak confident langsung kan . hmm , kau fikir exam habis ni kau da merdeka terus aa eh ? merdeka sementara jela , masa depan panjang lagi ahh , takkan  masa depan kau nak jadi minah kilang full time , buat apa kau belajar berbelas tahun , akhir akhir kau dapat hadiah malu . ubah lahh sikap kau , harta kat bank sekejap jela boleh habis , harta diri sendiri bila boleh habis ? bila kau akan jumpa harta diri sendiri kau ? parents kau masukkan dt kat acct kau , kau enjoy , kau boros , kau buang duit tu macam air . kau senang-senang jela sekarang , nanti kau da besar , kau akan menyesal jugak . aku cuma ingatkan jee oj . kau nak fikir aku ni jahat ke apa suka hati kau lahh . aku takde hak nak halang kau buat apa apa . memang kubur lain-lain , tapi aku sebagai umat islam aku juz nak ingatkan kat kau je , kau nak amik tahu ke tak terpulang pada kau ouh . kayy gud luck dengan resault SPM kau dengan riak kau tuh . haha .

PLKN . kau tunggu aku kay .

weyh PLKN yang aku sanjungi , kau tunggu aku datang kay , kau jangan lari dari aku aw aw . HAHA . 
hey kawan-kawan facebook , jangan lupakan aku kay , aku takkan lupakan korang semua . peromisesHAHA . 
jangan sesekali meninggalkan nama aku di facebook kamu kay . tawtaw . aku sentiasa sayang kat kamuorang semua yeah . ILOVEYMYFRIENDS . lalalalalalalalalalalal =)=)=) 

Wahai bidadari

saya nak ceritakan something ni , na tawu taa , saya na seorang bidadari lahh . boleh carikan tak . haha . 
ciri ciri yang saya inginkan , first starting ketawa dulu ok . ketawa banyak banyak dan banyak . MULA-mula ,
baik tuh mesti ada , cukup sempurna , pastikan boleh beranak , berumur antara 20-25 tahun , lepas saya da berumur 27 tahun ok . sekarang taknak . HAHA . saya nak anak YATIM PIATU tau , sebab , nanti dia ta mintak hantaran banyak2 , ta buat majlis kawen , en masa raya tak merungut nak balik kampung sape , sebab dia tade kampung . HAHA . adamgilababeng . hahahaha . kalau ta dapat bidadari kat dunia jugakpun tapelaa , tunggu jela nanty dapat bidadari kat syurga , haha , lagi comel comel , macam puteri katak . kan kan . hahha . saya dapat orang yang betul betul sayangkan saya , saya akan hadiahkan dia sebiji BOOM NUCLEAR untuknya . betulll . =)=)=) haha .

untuk awak lah ok .

hehe kelakar lah nak cerita . haha . mula mula ingat awak ni single ke apa en , baru na usha , sehari saya tunggu tapi awak ta approve , hari yang ke 58 baru awak nak approve . bila awak approve je , saya tengok awak sedang  relation , ohh luntur hati , haha , tapela jadi kawan je pun da kira ok . haha . malu malu , tapi saya da jujur dengan diri ini . kahkah , saya nak berjuta-juta kawan-kawan . best best . hey gf saya nak nak tolak awak ketepi BOLEH ? bolelaakan . haha . dutch dutch ! bye . 

kakak , saya sayang kakak . . . =)

akak akak , akak tolong laahh jangan fikir yang bukan bukan lagi yaww . saya tidak akan melakukan aktiviti seburuk itu dekat akak okeh . saya bukan macam kawan akak tuhh . diorang tak mengenang jasa pun terhadap akak . tu dia buat macam tu kat akak , akak sabar kayy . hilang diaorang tidak bermakna akak akan gagal dalam hidup , TIDAK ! . jangan sedih atau menanges ok sebab benda ni , benda dah berlalu da pun , tak elok ingat ingat balik . akak hepy hepy je suda . saya always ada dengan akak ok . =)

hati aku tak senang bila terfikirkannya lagy . . .

kenapa aku susah sangat nak buang kau dalam kamus hidup aku aahh ? . 
. kau bukan bagus sangat pun . belagak je lebeyh . suka belagak dengan harta orang lain . apa sumpah sumpah ? kalau sumpah tu da makan diri kau padan muka kau , aku tunggu sumpah kau tu makan diri kau , aku nak tengok apa jadi kat kau lepasni . kau fikir sumpah kau tuh DAM HAJI apa . sukasuki kau je an nak cakap . cakap beriman laa , soleha laaa haakkkttuuiihhh . . . penipu kuat . . aku suka harini tak dapat jumpa kau lagi , dan takkan jumpa kau lagi lepasni . . byebye si pengorek . .

Tuesday, December 7, 2010

For you . . . . .

heyy u , saya gembira dapat kenal dengan awak awak & awak , hahaha . tapikan saya tanak ganggu relation awak pun laa , tak boleh . kita juz kawan+baik je laa ok . bestbest . haha . kenal kawan dari kawan kan awak nih . haha . mesti ta faham en apa yang saya cakap . haha , abaikan jela ok . next day update lagi kay , tade idea . . . . .

saya buat apa yang saya inginkan . . .

saya tidak ikut cakap awak pun laahh .
saya yang nak inginkan macamni . sebab saya happy macamni , biarkan jela yea . saya nak naik menara gading dulu baru saya cari dia ok .ada awak pun da kira oke da , saya tak mintak apa apa pun dari awak lahhkan . gembira bila macamni . . . . . . =)

Sunday, December 5, 2010

something ni ! u na tawu .

hey anda anda , sebenarnya kan , saya minat dengat anda ,tapi tade papepun lah . saya segan nak cakap ngan ada , sebab saya malu dengan anda lahh budak . hehe , awak nak tahu tak , saya type benda ni saya dengar lagu "Bila Cinta" , banyak idea saya banyak keluarkan . huhu . saya berangan - angan jela awak . tapi takpun . akak-akak saya taknak cari gf , tapi saya busan sedikit laa kak . hehe . nak call awak lahh kan kak =) . .

Thursday, December 2, 2010

For You . . . . . wish is over . . .

For You 


 aku nak bagi kenangan kita yang terakhir , lepas ni aku da takkan ganggu kau lagi , en cari kau lagi . aku takkan beri kau apa-apa lagi lepas ni . aku hadiahkan bunga ROS merah ini untuk kau sebagai tanda perngenalan kita & hubungan kita selama 1 tahun 7 bulan ini ok  . andainya 2 kuntum bunga ros merah ni layu & mati , anggaplah semua ini penutup pengenalan kita ok , & tidak akan muncul lagi kenangan kita sampai bila-bila . Hati yang aku simpan untuk kau semua aku letak kat 1 kuntum bunga ros tu , & 1 kuntum bunga ros itu untuk kau simpan dalam kenangan hidup kau ok . aku tak sepatutnya buat benda bodoh ni , tetapi aku kena buat jugak , untuk menutup hati aku dari wajah kau . hm , aku tak kisah pun kau ingat lagi ke tak kenangan kita bersama , tapi 1 je permintaan aku untuk kau , perngenalan kita bukan setakat sampai sini je ok , tetapi hingga akhir hayat . barang-barang yang aku hadiahkan kat kau tu kau jaga semua k , jangan anggap barang-barang tu semua barang yang najis dari aku . lepas ni kita dah takkan jumpa lagi betul , sebab kau dengan bf@kawan kau , dan aku ngan kehidupan aku sendiri . kau cari la lelaki yang lebih baik dari diri kau ok . aku dah tak diperlukan lagi depan mata kau betul , dan sampai bila-bila . tapi kau kena ingat janji kau ngan aku dulu apa ok . kau buat kesalahan banyak kali pernah tak aku tak maafkan  . dan kenapa aku buat kesalahan ngan kau cuma sekali sampai kau terlalu membencikan aku . hm , kau jawab dalam hati kau jela ok . memang sebelumni aku banyak salah ngan kau , tapi kesalahan tu bukan jawapan untuk segala-galanya .






                                                        -  From Adam -

Wednesday, December 1, 2010

Ye baik lahh

ye aku diam ok . diam dengan kau ,  kau & kau , ye aku tak cari kau , aku tak cari sape sape lagi ok . 
aku lepas kan semua apa yang berlaku , haahhh , apa yang kau tahu ? . kau jangan nak bagi aku tekanan lagi okey . kau tengok aku buat camni ingat aku masih mengarap eh ? tak ! aku nak buang dia . semua dah berakhir ok . care ni aku boleh buat ok . aku harap kau faham .

Tuesday, November 30, 2010

Yes ! I cant Do it !

Yes ! aku dah nampak muka kau sudah gembira betul ? haha . terima kasih =) 
yes memang aku jahat , jahat depan mata kau betul ? . . tapi jahat di hati aku , kau nampak ? . .
haha whatever ! . sayang kau tak bermakna lahh sekarang . . 
sekali kau buat kat aku , selama-lamanya aku akan ingat . . =)

Monday, November 29, 2010

heyy Adam , terimala hakikat

benda dah jadi laa damm , tak elok nak ingat ingat balik ouh dam . biakan jela dia okeh . dia bukan yang memberi  masa depan kat kau laa . kau kena yakin dengan diri kau yang kau boleh teruskan kehidupan kau okeh . tanam dalam diri kau yang kau tuh boleh buat , jangan jatuh sekali sebab dia ok . . kau mesti boleh la adam =) . . 

hhaaakkkkttuuuiiiihhhh ! ! ! !

haha , dengan rasa peritnya hati aku ini kerana aku menalifone nya waiting calls , dengan keadaan hujan yang amat lebat , aku memaksa diri aku untuk berjumpanya dirumahnya untuk mengambil handfhone yang ku beri pinjam padanya , kerana dia tidak menghargai pemberian aku . sedih nya aku dengan kehidupan ini , tapi tidak mengapa , BUNGA bukan SEKUNTUM lahh adam , kau hilang dia cuma sekali , tetapi kawan-kawan kau masih ada di sisi kau adam , biarkan dia dam . suatu hari nanti mesti dia cari kau punya . ahh pedulik apa aku , da kena ngan orang lain baru nak cari aku bek tak payah , ingat aku ni apa ? pak sanggup . hah BODOH ! . jangan ingat aku di DART laa . . huh da bosan en aku , kau cari orang lain , tape tape , harini hari kau , akan datang hari aku pulak , tunggu & lihat jelaa . selagi mulut aku ni boleh berdoa , aku akan berdoa lahh .
     hey  A,B,C,"no D" ,E,F,G,H,I,J,K,L,M,N,O,P,Q,R,i want you S <3,T,U,V,W,X,Y,Z
kau dah ludah aku , kau nak jilat aku ? heyh tak payah laahh . nak rindu aku ? bek kau bunuh diri jela . herggghhh GELI . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Sunday, November 28, 2010

Dahulu & Sekarang

masa kita mula mula dulu , kita tiap hari main message & gayut kan . haha , tapi masa dah berlalu , rahsia semua dah terbongkar , so kau nak cari yang terbaik di dalam yang terbaik . betul ? . . ni ujian Allah swt untuk aku , kerana dia nak membuktikan kat aku tanpa kau pun aku boleh teruskan kehidupan aku seperti sebelum ini . yang berlalu biarkan berlalu , semua dah jadi memory laa adamm . kau anggap benda ni pengajaran untuk kau ok . bukan sehari , tapi selamanya . Allah swt sentiasa ada dengan kebaikan kau Adam .

Untuk semua rakan Di SKBB 2005 =)

asslammualaikum rakan-rakan ku semua . hehe . ayat dramatik . aku gembira bila nak dapat jumpa kamu orang semua yang telah lama aku tinggalkan . bertahun aku tak dengar berita tentang korang semua . aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk pemilik FaceBook ini , kerana telah menemukan kawan-kawanku semasa di sekolah rendah dahulu . . aku rindukan korang semua , aku sayang sangat sangat kat korang semua , dekat sana tempat aku membesar dan menjadi orang yang mengingati kawan kawan . tetapi malangnya , aku telah banyak melupakan kawan kawan di sana , hey yang aku tak kenal , aku nak mntak maaf yeah sebab aku tak kenal beberapa orang di sana , bukan apa , aku cuma tak berapa cam , maklumlah aku kan pergi overseas . (hampeh) . hahaha . tapi tape ini bukan satu penghalang untuk kita berjumpa semua balik . aku bercadang akan membuat 1 perjumpaan iaitu RUNION di tempat yang akan di cadangkan nanti dimasa perbincangan berlangsung . aku harap tiada alasan yang akan diberikan nanti ok . perbincangan yang akan di bincangkan nanti pada 10/12/2010 atau 21/12/2010 masa 03.00 p.m - 06.00 p.m . 

                                 
                                        AHLI JAWATAN KUASA YANG DIPERINTAHKAN

Presiden : ------------
Naib Presiden :------------ 
Setiausaha :-----------------
Bendahari 1 : ------------
Bendahari 2 :-------------- 
AJK Logistik : ----------------
AJK Keselamatan : ------------
AJK Makanan : ---------



OBJEKTIF


  1. Mengeratkan hubunga silatulrahim antara rakan-rakan.
  2. Meningkatkan tahap keperihatinan terhadap rakan-rakan melalui interaksi dan perhubungan.
  3. Saling mengingati dan meraikan hari lahir .
  4. berkongsi suka dan duka bersama rakan-rakan.


YURAN

Yuran belum ditetapkan . 
bajet dalam tangan seratus , belance akan dipulangkan . 



hubungan nama & harta

kau rapat dengan aku semata-mata untuk kesenangan hidup kau kan ? . kau lupakan jela tu semua , kau takkan dapat rasai lagi macam tu semua apa yang kau inginkan semua boleh dapat . takkan ! sejak kau ada bf bru yang ada kenderaan sendiri en kaya , kau lupakan aku , kau buat aku macam sampah . apa semua ni ? . aku tahu ouh aku semua guna harta mak bapak aku , ada kenderaan pun kenderaan bapak aku , tapi aku peduli apa . kalau ada kenderaan pun guna harta mak bapak apa seronok ke ? takkan laahhh , kau takkan puas dengan semua tu . tapi kau ingat ouh , lelaki yang jujur & setia boleh muncul seumur hidup sekali je , melainkan jodoh yang datang . memang aku sedih , aku makan hati apa yang kau buat kat aku selama ni , kau tuduh aku tak bertanggungjawab . kau tak nampak apa bukti selamani yang aku tunjuk kat kau ? pernah aku curang dengan kau ? pernah sekali kau nampak aku keluar dengan orang lain ? . kalau aku jahat aku da buat dahh , tapi aku fikir kalau aku jahat ngan kau mesti kau jahat ngan aku balik , so aku tak berani nak buat jahat ngan kau . tapi kau , sanggup ekh buat banyak kali kat aku , bila aku marah kau tak suka , tapi kau yang membuatkan aku ni marah . aku tawu ouh kau nak kebebasan hidup , tapi kau tolong ouh jangan terlalu sosial , sape yang nak ada isteri yang sosial , mcam mana kau nak didik anak-anak kau nanti ? kau bole jadi HOT seumur hidup sekali je ouh , bila kau da excident ,  ada ke sape lagi nak kat kau , melainkan orang yang betul-betul pernah setia dengan kau pada seketika dahulu . aku cakap ni betul , sebab pernah berlaku . kekadang bunyi ayat ni , macam lelaki ni sedang kecewa , memangpun sedang kecewa , tapi ada menyusahkan kau ? takkan . so sekarang aku nak buktikan kat kau , tanpa kau pun aku boleh hidup , tanpa kau , aku boleh berjaya , tanpa kau pun aku boleh gembira lahh . satu jela permintaan aku untuk kau , ingat Allah swt , dia yang menciptakan kau di bumi ni , dia yang berkuasa di bumi ini . aku taknak tengok suatu hari nanti dia tarik nikmat untuk kau , kau jadi isteri si pembunuh , ala ala Cerita THE SNIPER . macamkau laaa . ingat ! CINTA tak bermakna MEMILIKI , MEMILIKI tak bermakna MENCINTAI . haaaaaa bodoee laa cerita ni . bosan aku cerita . =)(=  =)(=

lupe eh memory kita

hoii , kau da lupakan eh semua memory kita bersama pada 01/03/09 pukul 12.03 a.m , masakita mula mula dulu , kau da buang sejauh jauhnya kan memory tu , hm , kau tak rasa sedih ke ah , bertahun kau & aku bina , sehari je kau lupakan semua memory tu kan . kau boleh tanya aku kenangan manis kita apa . nampak sangat kau tak ambil berat langsung semua ni kan , hm , ye aku bagi tahu kenangan manis kita apa , kau ingat first time aku pakai kan kau cincin & rantai , masa tu kau malu kan , kau tak ingat punya benda ni semua , sebab dah lama , dalam fikiran kau mesti cakap mana ada . kan ? . . haha . . aku kenal kau , aku tahu ouh . kenangan pahit kita kau ingat ? handfhone yang aku hadiahkan untuk kau tu hilang masa kita tengok wayang  . kau ingat ? mesti la lupa kan ? . . haha . aku harap , kau la wanita yang terakhir aku akan bercinta , lepas aku dah naik MENARA GADING & aku dah berjaya , baru aku mencari CINTA itu ,betul "FNL" ? sekarang ni kau cuma anggap aku ni monkey LOVE je kan . . aku tak kisah pun , sebab kau yang membuktikan cinta yang tak berbelah bagi ini kan ? . . hahaha . AKU NAK BERJAYA MACAM KAU KAU & KAU . aku nak buktikan kat kau , tanpa kau pun aku boleh berjaya lah macam RAMBO . . haha . Adam Adam , hentikanlaaa puisi kau yang agak malu ni damm . =) =) =) . . 

Saturday, November 27, 2010

si Budak COMEL =)

heyhey budak comel . aku rindukan suara kaulaa yang ala ala schaAlyahya tue . haha . kamu masih marahkan saya yeaa haahhh . dalaa cukup jangan marah lagi , takboleh . aku sayangkan kau , aku tak boleh kehilangan kau la budak tembamm . sebab susah nak jumpa manusia macamkau kat duinia ni , kan kan ? . . 1 dalam 1.000.000 pun susah nak cari . haha . aku gembira dapat mengenali kau , aku mendengar nasihat kau , aku takkan pernah lupa nasihat kau untuk aku ok . satu hari nanti kita mesti akan bertemu jugak ok . tunggu kehadiran aku yeahh =)

kehilangan kawan baik =(

hahaha , dulue ingat , masa kita mula mula kawan dulu kita selalu kua main sama sama kan , bila kau dah lebih dewasa , kau biarkan aku , kau buat keputusan untuk putus kawan dengan aku ,yee aku tawu kau dah jumpa kawan yang lebih baik dari aku , kau tinggalkan aku , kau jauhkan diri dari aku , jumpa aku pun kau tak teguh , kau buat aku macam tunggul pisang yang baru ditebang oleh bapakku  kan ? . . haha , tapi aku tak kesah pun , kehilangan kawan baik macam kau amat dirasai , kerana aku susah aku cari kau , & kau susah kau cari aku . . betul ? . haha kekadang bunyinya amat bodoh gila . ye kau makin lama makin besar , makin luas fikiran kau kan . tapi kau ingat laa erti persahabatan tu macam mana , kau dah tak suka kawan ngan aku , kau campak aku . kau buat bising sebelah aku ada aku belasah kau ? kau dengar cakap ngan orang yang tipu kau , sebab orang yang tipukau tu cocok aku dari back . peribahasa yang aku gelarkan untuk mereka semua  .  dalam daging ada jarum peniti " & " jarum peniti nya tak jumpa benangcamgtu laaa . haha . tapi tape , aku akan ingat kau sampai bila bila , sebab aku sayangkan korang semua , kau buang aku pun aku tak pernah anggap korang musuh aku . biala korang nak pulau pulaukan aku ke apa , lepasni kau dah tak jumpa dengan aku lagi . hm , crunk dah . . . Dutch dutch ! . 

Friday, November 26, 2010

Mengenali 2 orang budak comel yang happening always =)

haha , bermulanya dari myspace , ia terbang ke facebook dan mula mengenalinya dengan hati yang gembira , kerana kanak-kanak yang comel ini mempunyai sifat yang lain , asyik ketawa jee bila mendengarinya dari perbualan taliphone rumah ku ke talifhone bimbitnya . huhu , aku tak pernah menyesal kenal dengan budak comel ini    , sebab dia mengajar aku maksud kehidupan yang sempurna . walaupun aku berjauhan dan tidak pernah melihatnya dengan pancainderaku ini , tetapi aku gembira bila dapat mendengar suaranya ala ala "scha alyahya" yang berumur 18th . haha . kan kan budak comel ? . . adik kau yang hampir comel tue asyik mengutukku je ouh , mentol mentol ? apa mentol mentol . haha . . aku sayangkan kamuorang budak comel , aku da anggapmu sebahagian kamus hidupku . kerana kamu berdua buad aku tergelak & tertawa , aku gembira gila laaahh COKODOKE . hahhaa . heyy soul sisiter , satu hari nanti aku akan berjumpa dengan kau jugak , aku dah janji dengan kau betul . kankan comel =) . hha . kau tunggu aku lepas dapat lesen kereta dan motor yeah , agar aku dapat pergi kesana dengan kenderaanku , haha kau tak bagi naik BAS kan . haha . yeeyeee . haha . sayang kau&kau jugak budak tembam&comel =)

Thursday, November 25, 2010

permulaan bloggers =D

Assalammualaikum . . . aku baru mencipta blogger ini , niat aku mencipta bloggers ini adalah untuk menceritakan tentang hidup aku yang agak gila babeng ini kerana kehidupan aku ini sedang terhoyong hayang di awang awangan . aku sedang berperang untuk mendapatkan keadilan dalam hidupku ini . SPM dalam tangan , tapi keputusan SPM belum di tangan . hahaha , aku nervs dengan keputusan aku nanti , aku tak tahu aku boleh dapat berapa dlm spm nty . tapi aku dah cuba sedaya upaya aku untuk aku buat dengan terbaik . doa jela sekarang yang aku boleh lakukan . tapy 6 subjek belum dilepaskan lagy . hm , aku pasti aku boleh , aku akan lakukan dengan bersungguh sungguh untuk menjawabnya nanti . haaaa tu jela yang aku mampu fikirkan sekarang . =)